PEKAN, 21 Okt. - Temasya Pantai Timur 2011 akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini di Dataran Pekan. Ia bakal mengangkat kesenian dan kebudayaan masyarakat di negeri-negeri pantai timur sebagai ikon pelancongan negara. Pelabagai aktiviti kebudayaan dan kesenian dipamerkan.
antara artis yang diundang Saleem Iklim (terengganu) Roy Kapilla (Kelantan) dan Anis Salwa (Pahang). aktiviti lain antaranya Gendang Pantai Timur, Perarakan Budaya Pantai Timur, Generasi Y, Seni Mempertahankan Diri, Demo Masakan, Demo Batik dan lain-lain lagi. Ianya dimulakan dengan Senam Seni pada jam 7.30 pagi ini.
Bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Dati Seri Adnan Yaakob pada malam ini. Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Penganjur mensasarkan penyertaan 1981 orang yang terdiri dari artis, penggiat seni, ahli persatuan seni bela diri dan para pelajar.
No comments:
Post a Comment