Friday 18 October 2013

UPM tawar program asasi untuk lulusan SPM ikuti pengajian di universiti

SELAMAT PETANG SEMUA..

UNTUK PERKONGSIAN... HARAP-HARAP IA MEMBERI MANFAAT TERUTAMA KEPADA PELAJAR YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM.


Petikan dari website Universiti Putra Malaysia (UPM)


"Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program asasi untuk membolehkan lulusan SPM mengikuti pengajian di universiti ini selepas Tingkatan Lima.
Pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang menamatkan pendidikan menengah mereka dengan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) biasanya mempunyai pilihan menyiapkan diri untuk kemasukan ke universiti dengan terus mengikuti program matrikulasi setahun atau belajar di peringkat sekolah menengah atas selama dua tahun bagi mendapatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Program Asasi Sains Pertanian, adalah satu lagi laluan ke universiti untuk mendapatkan ijazah Bacelor bagi pelajar-pelajar Tingkatan Lima itu. Program ini adalah adalah satu program Asasi Sains dengan kursus tambahan dalam bidang pertanian.
Ada dua cara untuk menyertainya, laluan pantas dan arus perdana. Program laluan pantas bermula pada Januari dan berakhir pada Ogos tahun yang sama manakala arus perdana bermula pada Mei dan tamat pada Mei tahun berikutnya.



Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM mereka boleh menyertai program asasi laluan pantas selama dua semester, manakala yang lain diambil mengikuti kursus arus perdana tiga semester dalam masa setahun, kata Prof Dr Mahiran Basri, pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP).PASP telah menguruskan program itu sejak ditubuhkan pada 2005 dan program laluan pantas itu sejak 2011 iaitu untuk lulusan SPM meneruskan pengajian tinggi mereka di UPM.

“Program Pengajian Asasi Sains Pertanian ini menawarkan lulusan SPM satu lagi laluan memasuki universiti dan apa yang menguntungkan mereka adalah mereka boleh memilih untuk meneruskan pengajian dalam sebarang kursus ijazah Bacelor di UPM, bergantung kepada gred dan minat mereka,” kata beliau.Program asasi UPM ini tidak membataskan pelajar hanya kepada program ijazah Bacelor dalam bidang pertanian, sebaliknya ia membuka peluang kepada mereka mengikuti pengajian ijazah Bacelor ditawarkan oleh 16 fakulti UPM. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kedua-dua program PASP itu “bukanlah sesuatu yang mudah tetapi memerlukan usaha gigih pelajar”.

Program arus perdana di jalankan selama setahun (mengandungi tiga semester dengan 14 minggu setiap semester), dimana pelajar akan diajar subjek seperti biologi, kimia, matematik, fizik di samping kursus pertanian, bahasa Inggeris dan sains komputer. Program laluan pantas dijalankan dalam masa dua semester dengan kandungan kredit yang tinggi setiap semester jadi  memerlukan pelajar berusaha lebih giat lagi.
Prof Mahiran memberi jaminan kepada pelajar-pelajar bahawa PASP mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi, kebanyakannya dengan ijazah PhD dalam usaha memberi tumpuan sepenuhnya dan juga bimbingan kepada mereka yang menyertai program berkenaan.

....Permohonan untuk program laluan pantas untuk Januari 2014 kini dibuka. Pelajar yang layak dialu-alukan memohon melalui PASP. -- UPM
Bagi mendapatkan maklumat, harap layari:


info seterusnya boleh layari




No comments: