Monday 28 February 2011

Perniagaan Bermula

Alhamdulillah... setelah sekian lama planning, akhirnya stall burger POHPALEH memulakan perniagaannya.. walaupun diumumkan di sini sebelum ni akan dibuka pada 24 hb tetapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan, sabtu 26hb baru boleh mula berniaga.. anyway walaupun terlambat setelah 2x pospone (even 2 hari je tertangguh) at last aku berjaya juga memulakannya...
sambutan alhamdullilah... pada aku 1st day jual dapat 20 biji tu mengagumkan dah... ye laa bukannye gerai aku duk tang bandar... nuu tang kampung je duduknya.. tp aku percaya selepas ni makin ramai yg akan meramaikan gerai aku... yang penting aku akan cuba memberi servis yang terbaekk dan juadah sesedap mungkin pada harga seoptima mungkin ;)
oo ye... perancangan terdekat aku le ni... akan supply burger aku ke sekolah berasrama berhampiran... permintaan dah ada sebenarnye... sebelum aku bukak stall lg... cuma aku tak sempat. ye laa baru je bukak bisnes.. terkial kial la gak...sbb tu aku kene terma kasih byk2 kt isteri tercinta aku.. dia ler assistant skg ni... insya allah minggu ni aku akan mula supply ke sekolah berkenaan... wish me luck kay ;)
gambar hari 1st aku niaga akan aku cuba upload kt sini nanti... dh amik gambonye.. tp maklum ler... tipun pun takde "infra merah" apatah lg "gigi biru" so aku kene cuba cara lain nak transfer ke pc ni..
ok.... adios amigos...

No comments: