ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI SEMENYE ;)
Huhuu... rasanye memang dah lama tak update blog ni... bz mehh... biasanye masuk2 jengah je. tak sempat update... ok harini aku nak citer pasal Pasar Borong kt tempat aku.. kalo aku sebut Wakaf Che Yeh pasti seme orang tau kan? ok pasar borong ni pun lebih kurang sama je ngn tu.. cuma Pasar Borong Pekan ni beroperasi pada siang hari dan cuma 1 hari.. Sabtu saje.. Time dia kul 7 lbh sampai ler tengah hari... peak time 8.30 - 10.30.
Maca macam jenis pakaian ada.. tudung ler.. baju kurung ler.. t-shirt ler.. mmg macam2 ler yang ada.. semenye harga murah-murah.. nak2 yang nak beli borong mmg murah ler...
Pembekalnye datang dari merata alam... JB ada... Muar ada.. Nilai ada.. KL jalan TAR ada.. siam ada.. kemboja ada.. cina ada.. melayu ada.. sampaikan ada member tu dari kelantan amik barang kt sini untuk jual balik kt kelantan...
Bertambah besar kerana disebelahnya ada "Pekan Sehari" yang menjual pelbagai makanan masak dan mentah. sayuran kampung, ikan patin, jering, kueh traditional dll.. pada peminat bundle, kt Pekan Sehari ni banyak terdapat barang bundle, juga pelbagai pakaian baru ada di pekan sehari ni.
pada aku kt sini lebih tersusun..
so pada sesapa yang teringin boleh ler jengah2 ;)
HARI : SABTU
WAKTU: 7 LEBIH PAGI - TENGAHARI
LOKASI: BELAKANG HOSPITAL LAMA PEKAN, BERSEBELAHAN JUGA DENGAN PADANG MAJLIS DAERAH PEKAN.
ni ada ler gambar2 sikit untuk tatapan anda..
Showing posts with label pekan. Show all posts
Showing posts with label pekan. Show all posts
Monday, 30 September 2013
Friday, 17 May 2013
PERASMIAN RTC PAHANG
Gambar-gambar PM sekitar perasmian RTC Pahang di Kuala Pahang, Pekan.
nota kaki pompuan: hehe sorry ler... mende ni dah agak lama dalam simpanan.. baru ni dapat update ;)
Friday, 13 January 2012
JENAZAH KEKANDA SULUNG SULTAN PAHANG SELAMAT DISEMADIKAN
PEKAN, 12 Jan - Jenazah kekanda sulung Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil Al-Marhum Sultan Abu Bakar selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan jam 4 petang Khamis.
Tengku Ainon Jamil, 84, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada pukul 5.30 pagi, selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sejak seminggu lalu. Jenazah dibawa pulang ke kediamannya No.8, Jalan Istana Sultan Abu Bakar, kemudiannya dibawa ke Istana Sultan Abu Bakar untuk solat jenazah dan diziarahi oleh kaum kerabat.
Jenazah baginda kemudiannya dibawa ke Makam Diraja Pekan pada kira-kira 2.45 petang untuk istiadat pemakaman dan selamat disemadikan kira-kira jam 4 petang.
Diputerikan pada 3 Jun 1927, Allahyarham merupakan anakanda sulung kepada Almarhum Sultan Abu Bakar bersama isterinya, Raja Fatimah Paduka Seri Sultan Iskandar Shah.
Pernah bergelar Tengku Ampuan Besar Terengganu, apabila berkahwin dengan Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Ali Shah Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan perkahwinan kali kedua dengan Raja Dato’ Jalil Shah. Allahyarham meninggalkan beberapa orang putera dan puteriiaitu Tengku Dato’ Iskandar Abu Bakar Tengku Ali, Raja Dato’ Abu Bakar Shah Raja Jalil Shah, Raja Mustafa Raja Jalil Shah, Tengku Aisha dan Tengku Afzam (Hizan).
Turut hadir pada upacara pemakaman itu ialah seluruh kerabat diraja Pahang, pembesar-pembesar negeri, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan barisan kepimpinan negeri.
Al-Fatihah
sumber lengkap dan gambar: http://alyahya.blogspot.com/2012/01/jenazah-kekanda-sultan-pahang-selamat.html
Tun Khalil Yaakob
Ahli kerabat. Kelihatan Tengku Mahkota dan MB Pahang.
Antara yang hadir
suasana hujan lebat mengiringi pemergian..
Subscribe to:
Posts (Atom)