Friday 13 January 2012

JENAZAH KEKANDA SULUNG SULTAN PAHANG SELAMAT DISEMADIKAN


PEKAN, 12 Jan - Jenazah kekanda sulung Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil Al-Marhum Sultan Abu Bakar selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan jam 4 petang Khamis.

Tengku Ainon Jamil, 84, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada pukul 5.30 pagi, selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sejak seminggu lalu. Jenazah dibawa pulang ke kediamannya No.8, Jalan Istana Sultan Abu Bakar, kemudiannya dibawa ke Istana Sultan Abu Bakar untuk solat jenazah dan diziarahi oleh kaum kerabat.

Jenazah baginda kemudiannya dibawa ke Makam Diraja Pekan pada kira-kira 2.45 petang untuk istiadat pemakaman dan selamat disemadikan kira-kira jam 4 petang.

Diputerikan pada 3 Jun 1927, Allahyarham merupakan anakanda sulung kepada Almarhum Sultan Abu Bakar bersama isterinya, Raja Fatimah Paduka Seri Sultan Iskandar Shah.
Pernah bergelar Tengku Ampuan Besar Terengganu, apabila berkahwin dengan Almarhum Paduka Sri Tuanku Sultan Ali Shah Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan perkahwinan kali kedua dengan Raja Dato’ Jalil Shah. Allahyarham meninggalkan beberapa orang putera dan puteriiaitu Tengku Dato’ Iskandar Abu Bakar Tengku Ali, Raja Dato’ Abu Bakar Shah Raja Jalil Shah, Raja Mustafa Raja Jalil Shah, Tengku Aisha dan Tengku Afzam (Hizan).

Turut hadir pada upacara pemakaman itu ialah seluruh kerabat diraja Pahang, pembesar-pembesar negeri, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan barisan kepimpinan negeri.

Al-Fatihah


Tun Khalil Yaakob

Ahli kerabat. Kelihatan Tengku Mahkota dan MB Pahang.


Antara yang hadir

suasana hujan lebat mengiringi pemergian..

2 comments:

sudipVSsenduk said...

moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang2 yg soleh, Amin.

POHPALEH BURGER said...

amin..