Monday, 25 April 2011

10 TIPS RINGAN LOADING BLOG KASI RAMPING SIZE BLOG

yg ni lari skit dari hal burger.. tp agak berguna bagi bloger baru.. so aku kongsikan bersama...

Tips dan tutorial ringan loading blog ni sebenarnya dah lama pengasas bloglarian, fareed minta cik tom share dan baru sekarang berpeluang (baru teringat). Tahniah ye sebab sekarang bloglarian dah berdot com. Apa korang ingat manusia je ke nak kurus?? Blog pun ada jugak azam tahun baru nak kuruskan size diorang. So, tuan blog sila amik inisiatif ye untuk kuruskan size blog ye. Sebelum belajar tips dan tutorial untuk ringankan size blog, jom kita check dulu size blog masing-masing di “iwebtools.com“. Ni size blog cik tom buat masa ni. Seeloknya size blog kurang dari 100kb. Lagi kecil lagi bagus sebab lagi cepat masa untuk load sesebuah blog.
size blog cik tom
Antara 10 tips berserta tutorial yang dapat cik tom share bagi ringankan size blog ialah;
1) Show entry semaksima 3 entry pada main page. Kalau blog jenis ringan atau guna readmore boleh letak lebih.
Cara untuk setting 3 entry dalam 1 page:
Klik DASHBOARD>SETTINGS>FORMATTING>pada “Show at most” sila pilih 3 entry untuk dipaparkan pada first page>SAVE SETTINGS
2) Jangan pasang widget daun berguguran/salji atau seangkatan dengannya. Widget jenis ni hanya melambatkan loading blog serta nampak serabut terutamanya penggunaan resolution notebook yang kecil.
3) Terlalu banyak masukkan url blog dalam bloglist. Kalau nak letak banyak jugak, buatlah bloglist yang jenis scroll/menunjukkan 5 blog terlatest update. Untuk scroll bloglist boleh belajar kat “tutorial scroll dalam bloglist”. Manakala untuk show 5 blog dalam bloglist;
Caranya:
Klik DASHBOARD>DESIGN>PAGE ELEMENT>pergi pada gadget bloglist blog ni>keluar “configure list” utk bloglist tue>klik pada “show” pilih 5 blog>SAVE
4) Size header yang sederhana. Jangan guna size header yang terlalu besar. Kadang-kadang cik tom selalu terkejut dengan header yang besar gedabak dengan muka tuan blog. Huhu..
5) Digalakkan memilih hanya widget yang penting di dalam blog seperti latest entry, top entry dan apa yang bersesuaian. Widget seperti lagu, jam, kalendar, icon float yang comel, bling-bling animation tak perlu.
6) Widget follower seeloknya letak di sidebar bukan di bawah header sebabnya widget follower la yang paling lambat sekali loading. So seeloknya letak di sidebar. Jangan bimbang kalau letak di sidebar atas widget shoutmix akan orang nampak juga.
7) Pilih template yang simple tidak terlalu banyak gambar atau animation.
8) Jangan terlalu banyak letak gambar di sidebar. Kalau nak jugak masukkan gambar, sebaiknya masukkan dalam page. Boleh belajar di “tutorial pages a.k.a tab menu“.
9) Meringankan loading blog dengan guna Jquery Lazy Load di “tutorial jquery lazy load
10) Meringankan blog dengan menggunakan compress code CSS di “tutorial compress CSS
Tue di antara tips berserta tutorial yang dapat cik tom share kepada kawan-kawan blogger lain especially geng yang join bloglarian. Diharapkan korang dapat bagi kerjasama bagi meringankan loading blog. Bila ringan loading blog, insyaAllah makin ramai akan senang hati untuk buka blog korang. Perubahan ke arah kebaikan tiada siapa yang rugi kan :)
-------------
diambil dari website cik tom... tq cik tom... pada sesapa bleh ler try usha web beliau.  :)

No comments: