Tuesday 26 April 2011

LARIAN PAYA PAHANG TUA

AMBIL kesempatan kt sini mewarwarkan pertandingan "Larian Paya Pahang Tua Tertutup Daerah Pekan" dengan kerjasama Persatuan2 Belia Daerah, Pejabat Daerah Pekan, Pejabat Pendidikan Daerah, akan diadakan pada 8 Mei 2011 (ahad). Bemula/berakhir di Padang Bola Kampung Lamir. borang penyertaan bleh didapati di pejabat2 belia daerah, pejabat daerah, sekolah2 menengah (bagi pelajar sekolah) dan di pejabat penghulu Mukim Pahang Tua. Walk-In pun bleh... Pendaftaran bermula dari Jam 7.30 pg sehingga 8.15 pg. Yuran RM 10 seorang, RM 5 bagi pelajar IPT, dan percuma bagi pelajar sekolah yang mendaftar melalui sekolah. berumur 16 thn ke atas layak menyertai. larian sejauh 8km bagi lelaki dan 6km bagi perempuan. 4 kategori dipertandingkan, Lelaki Terbuka, Lelaki Junior, Perempuan Terbuka dan Perempuan Junior. Untuk Maklumat lanjut, bleh berhubung dengan tempat pengambilan borang.

Hadiah setiap kategori
Johan - ke 3
wang tunai + medal + hamper + sijil

ke 4 - ke 10
Medal +hamper + sijil

ke 11 dan seterusnya
Sijil

xtvt lain
Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Pekan
Pameran
Senamrobik (sebelum perlumbaan)
Cabutan bertuah (barangan elektrik dll)
Sukaneka kanak-kanak

makan/minum, t-shirt disediakan.


p/s: ini bukan berlari dalam paya (Sawah/Bendang) tp atas ban (jalan) kawasan paya. next even jika berjaya yg ni akan diadakan terbuka negeri dan seterusnya. gua walopun hanya ajk kecik, rasa bertanggungjawab menjayakan program ni.. sbb tu gua letak kt sini...

No comments: